- JBS Kelantan
- Hits: 94
"TIADA KEJAYAAN TANPA SEMANGAT DAN USAHA GIGIH" – D’LINA SPA & WELLNESS KUALA KRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 94
KUALA KRAI – Puan Azlina Binti Mohammad Usahawan wanita yang berjaya dalam bidang Spa dan Penjagaan Kesihatan, merupakan pemilik dan pengasas D’Lina Spa & Wellness Kuala Krai yang telah beroperasi hampir 10 tahun di Daerah Kuala Krai.
Kesungguhan dan semangat Azlina untuk menceburi bidang ini terbukti dengan pencapaian anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, RISDA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta lain-lain agensi kerajaan di atas kejayaan beliau dalam membina kerjaya sebagai usahawan rawatan kesihatan ini.
Puan Azlina Binti Mohammad turut berkongsi pengalaman serta memberi kata-kata semangat kepada para usahawan dan bakal usahawan yang menyertai lawatan ke premis beliau sempena Program Travelog Jejak Inspirasi Usahawan Berjaya Peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Majlis Belia Jajahan Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada usahawan belia yang baru dalam bidang perniagaan serta membuka peluang kepada usahawan baru untuk berdamping dengan agensi kerajaan bagi mendapatkan manafaat yang ditawarkan oleh kerajaan.
Hadir sama dalam program tersebut Pegawai Pembangunan Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi, Wakil Pejabat RISDA Daerah Kuala Krai, Ahli Jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai dan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urusetia Portal PBSD Kuala Krai