- JBS Kelantan
- Hits: 77
BENGKEL PENYEDIAAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA DAERAH PASIR PUTEH TAHUN 2024 MENGUKUHKAN PENTADBIRAN NGO
- JBS Kelantan
- Hits: 77
PASIR PUTEH, 26 JANUARI 2025 – Bengkel Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Daerah Pasir Puteh 2024 telah berjaya diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu pada 23 hingga 25 Januari 2025, setelah ditangguhkan pada tahun lalu ekoran bencana banjir yang telah melanda daerah ini pada bulan November lepas. Program ini merupakan anjuran Majlis Belia Jajajah Pasir Puteh dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Bengkel ini telah disertai oleh seramai 30 orang yang terdiri daripada persatuan belia dan rakan muda. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan asas pentadbiran pertubuhan dengan penekanan utama adalah penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Akta 668, Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pengurusan Kewangan Pertubuhan.
Majlis Perasmian Penutup telah di sempurnakan oleh Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pengawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan turut sama adalah Encik Mohamad Ramadhan bin Mah Hasan, Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.
Rata-rata peserta menyatakan mereka lebih memahami tatacara penyediaan MYKD dengan kaedah yang betul berdasarkan kehendak Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) setelah tamat bengkel ini.