- JBS Kelantan
- Hits: 91
LAWATAN KETUA PENGARAH KE Y-HUB KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 91
KELANTAN 22 JANUARI 2025, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) Puan Azura binti Abidin.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pengoperasian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan seterusnya mendengar isu-isu semasa daripada Pegawai dan Kakitangan JBSNK. Selain itu juga, Ketua Pengarah telah membuat lawatan ke Y-Hub Kelantan yang terletak di dalam Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Semasa lawatan itu, Ketua Pengarah sempat menyantuni golongan belia yang sedang mengadakan Kursus Gunting Rambut Lelaki di dalam fasiliti Y-Hub Kelantan. Kursus tersebut telah disertai seramai 45 orang belia-belia di seluruh Negeri Kelantan.
Turut mengiringi Ketua Pengarah ke Y-Hub adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah IKTBN Bachok dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamad Rapiee Pengarah Pusat Belia Antarabangsa