KETUA PENGARAH JBSN TINJAU PROJEK GELANGGANG FUTSAL DI TELUK RENJUNA, TUMPAT

Tumpat, 22 Januari 2025- YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah melawat projek pembinaan gelanggang futsal berbumbung di Teluk Renjuna, Tumpat.

Kemudahan gelanggang futsal ini menjadi pusat sukan yang lebih selesa untuk penduduk kampung, terutamanya kepada belia setempat.
Bagi tujuan ke destinasi, seluruh rombongan perlu menaiki bot menyusuri Sungai Pinang kira-kira 20 minit bermula dari Jeti Pata Ndo.

Taklimat pembinaan gelanggang telah disampaikan oleh Jurutera Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, En. Azam. Turut hadir, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBS Negeri Kelantan (JBSNK), Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah Belia JBSNK dan Encik Hazri Nizam bin Zakaria,Timbalan Pengarah Sukan JBSNK. Semoga dengan kemudahan baharu ini dapat memupuk semangat kesukanan serta mempereratkan hubungan dalam kalangan kampung.

Selepas lawatan selesai, KP JBSN berkesempatan bertemu Ketua Jajahan Tumpat, En. Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin dan saling bertukar pandangan terkait pembangunan belia dan sukan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search