- JBS Kelantan
- Hits: 76
LAWATAN KP JBSN KE KELANTAN DISAMBUT MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 76
KOTA BHARU, 22 JANUARI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Pegawai dan Kakitangan Bilangan 1/2025 bertempat di Dewan Malaysia Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pada Perhimpunan tersebut YABrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah berkesempatan hadir sama bagi bertemu dengan semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pegawai Perkhidmatan Skim Belia dan Sukan dari IKTBN Bachok, IKTBN Tanah Merah, Politeknik Jeli dan Politeknik Kota Bharu. Dalam sesi perjumpaan tersebut YABrs Puan Azura binti Abidin telah sudi mendengar sendiri luahan hati dari kakitangan yang hadir mengenai permasalahan yang timbul semasa melaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan agensi-agensi berkenaan.
Beliau turut memuji corak kepimpinan yang telah diterapkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dalam menyusun atur Kakitangan bawahan dan melaksanakan tugas dengan baik dalam suasana yang harmoni dan menyeronokkan. Di dalam perjumpaan tersebut YBrs. Puan Azura binti Abidin telah juga berkongsi aspirasi hala tuju JBSN bagi tahun 2025 berkaitan pelaksanaan inisiatif Sukan, Belia dan Rakan Muda. Disamping itu beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat daripada Ketua Setiausaha Negara sempena tahun baru 2025 bagi meningkatkan lagi prestasi kerja para penjawat awam.
Turut diadakan penyampaian bantuan misi banjir kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan bencana tersebut pada hujung tahun 2024 yang lalu, serta meraikan majlis persaraan Pn. Wan Roslinda binti Wan Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli