KP JBSN KONGSI ASPIRASI HALA TUJU JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA BERSAMA PEGAWAI PERKHIDMATAN SKIM BELIA DAN SUKAN DI NEGERI KELANTAN

MACHANG, 22 JANUARI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara pada pagi ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Kelantan dan sesi perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JBSN Kelantan dan Pegawai Perkhidmatan Skim Belia dan Sukan dari IKTBN Bachok, IKTBN Tanah Merah, Politeknik Jeli dan Politeknik Kota Bharu.

Di dalam perjumpaan tersebut YBrs. Puan Azura binti Abidin telah berkongsi aspirasi hala tuju JBSN bagi tahun 2025 terkait pelaksanaan inisiatif sukan, belia dan Rakan Muda. Disamping itu beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat daripada Ketua Setiausaha Negara sempena tahun baharu 2025 bagi meningkatkan lagi prestasi kerja para penjawat awam.

Turut diadakan penyampaian bantuan misi banjir kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat serta majlis persaraan Pn. Wan Roslinda binti Wan Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Pegawai dan kakitangan PBSD Machang diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang turut serta dalam majlis tersebut dan mengambil maklum berkenaan perkongsian aspirasi dan amanat yang telah disampaikan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search