LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 22 JANUARI 2025 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil 1/2025. Perhimpunan Bulanan merupakan satu aktiviti bulanan Jabatan di mana ia merupakan satu medium perkongsian maklumat terkini berkaitan dasar Kementerian Belia atau program di bawah Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda di peringkat Jabatan selain menjadi wadah percambahan idea dan perkongsian maklumat di pelbagai peringkat.

Lebih manis lagi, dalam Perhimpunan Bulanan Bil.1/2025 ini turut dihadiri oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Objektif perhimpunan pada kali ini berfokus kepada amanat Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada warga kerja di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. 

Semasa ucapan Puan Azura bt Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara menekankan akan sikap kerjasama berpasukan dan komunikasi antara pegawai adalah eleman penting dalam bekerja di samping perlunya arahan dan tatakelola yang jelas dalam setiap pekerjaan atau program yang dilaksanakan di akar umbi. Dalam Majlis tersebut turut diadakan Majlis Perpisahan Puan Wan Roslinda bt Wan Ibrahim, mantan Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut menyampaikan cenderamata persaraan kepada Puan Wan Roslinda bt Wan Ibrahim yang telah bersara pilihan bermula pada 1 Januari 2025.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search