PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL 1/2025

TUMPAT, 22 JANUARI 2025 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, serta pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, , Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli.

Perhimpunan Bulanan Bil.1/2025 pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran YABrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Kelantan. Perjumpaan ini adalah sebagai wadah perkongsian, cadangan, penjelasan isu serta penyampaian aspirasi hala tuju bagi tahun 2025 berkait pelaksanaan inisiatif Sukan, Belia dan Rakan Muda.

Antara amanat yang disampaikan oleh YABrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara ialah menekankan kerja berpasukan, bekerjasama dan komunikasi yang memainkan peranan antara kepimpinan dan pegawai. Dalam majlis yang sama, juga turut diadakan penyampaian Bantuan Misi Banjir kepada pegawai dan kakitangan dan Majlis Persaraan Puan Wan Roslinda binti Wan Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search