- JBS Kelantan
- Hits: 684
PBSD BACHOK TERIMA STAFF BAHARU
BACHOK, 5 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah menerima kakitangan baharu yang melapor diri pada 2 Januari lalu.
Puan Nurhayati Ahmad yang berasal dari Ajil, Terengganu melaporkan diri sebagai Pembantu Belia dan Sukan gred S19 dan merupakan kali pertama memegang jawatan sebagai penjawat awam. Walaubagaimanapun, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam bertaraf kontrak di Daerah Kuala Berang selama hampir 4 tahun sebelum menamatkan zaman bujangnya.
Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Puan Nurhayati Ahmad. Semoga segala tugasan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta dapt berkhidmat dengan cemerlang demi pembangunan belia-belia setempat khususnya dan negeri Kelantan amnya.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 684
