- JBS Kedah
- Hits: 26
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BINA BADAN MR. MALAYSIA KALI KE-55 TAHUN 2026
- JBS Kedah
- Hits: 26
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BINA BADAN MR. MALAYSIA KALI KE-55 TAHUN 2026
ALOR SETAR, 4 Oktober 2026– Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Mr. Malaysia Kali Ke-55 bagi tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Urban Inn Hotel, Alor Setar, Kedah.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh VVIP jemputan, Encik Zurihanmi Bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBS Kedah).
Kejohanan berprestij anjuran Persatuan Bina Badan Malaysia (MBBF) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan diselia oleh World Bodybuilding & Physique Sports Federation (WBPF) dan Asian Bodybuilding & Physique Sports Federation (ABBF) ini telah menghimpunkan atlet-atlet bina badan terbaik dari seluruh negara.
Majlis turut dihadiri oleh barisan pegawai-pegawai MBBF, para juri antarabangsa, penaja-penaja rasmi serta penyokong-penyokong sukan bina badan.
#JBSKedah #KBS #MalaysiaMadani #MrMalaysia2026 #BinaBadan
