ALOR SETAR, 23 Julai 2026 – Sesi Ke-9 Program Biggest Loser Peringkat Negeri Kedah 2026 terus berlangsung dengan penuh semangat di KOMBES, Alor Setar menerusi aktiviti Workout Dance. Irama muzik yang rancak berjaya membakar semangat peserta untuk bergerak aktif sambil meningkatkan tahap kecergasan dalam suasana yang menyeronokkan.
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan strategik Team Herbalife Alor Setar dan Kelab Kecergasan Rimba Alor Setar yang membimbing peserta sepanjang sesi. Selain membantu membakar kalori, aktiviti ini turut menggalakkan gaya hidup sihat serta membina disiplin untuk terus konsisten mengamalkan aktiviti fizikal.
Teruskan momentum, jangan mengalah dan kekal fokus sehingga ke garisan penamat! Bersama-sama kita jadikan gaya hidup aktif sebagai satu budaya demi melahirkan rakyat Kedah yang lebih sihat dan cergas.
#BiggestLoser2026 #JBSNK #TeamJBSN #TeamKBS #KBSMalaysia WorkoutDance TaufiqJohari MordiBimol
