MALAM FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026 PECAH REKOD DI SUNGAI PETANI!

Dataran Niaga Youth Town Amanjaya dibanjiri kira-kira 1,350 pengunjung yang hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 melibatkan aksi Sepanyol   menentang Argentina   pada 19 hingga 20 Julai 2026.
Suasana cukup meriah dengan kehadiran YB Bau Wong A/L Bau Ek, ADUN Sidam, bersama barisan tetamu jemputan serta wakil KBS yang sama-sama menyemarakkan demam bola sepak Final Piala Dunia.
Bukan sekadar tengok bola, pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti Final Futsal WC26, FIFA E-Sport, Football Juggler, Kuiz World Cup, Teka Skor & Penjaring Gol, Lucky Draw, The Best Dress Award, persembahan akustik, DJ Mania Supersar, selain lebih 20 kiosk makanan dan jualan merchandise sukan yang menjadikan malam final lebih vibes, happening dan penuh kehangatan!   
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penonton, Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani selaku rakan strategik serta semua agensi yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kerana terus menyokong program belia dan sukan. Jumpa lagi di next program JBSNK!   

#TeamJBSN #TeamKBS #BigScreen
#JBSNK #PialaDunia2026 #WorldCupFinal #YouthTown #SungaiPetani #TaufiqJohari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search