- JBS Kedah
- Hits: 37
PROGRAM WOMEN'S HIKING TRAIL PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 CABARAN GUNUNG BINTANG
- JBS Kedah
- Hits: 37
KULIM, 12 Julai – Seramai 30 peserta wanita dari seluruh negeri Kedah serta beberapa peserta dari luar negeri telah menyertai Program Women's Hiking Trail Peringkat Negeri Kedah 2026 (Cabaran Gunung Bintang) yang berlangsung pada 11 hingga 12 Julai 2026 di Gunung Bintang, Sedim, Kulim.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Serdang ini bertujuan menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti rekreasi luar, di samping meningkatkan kecergasan fizikal, daya tahan mental serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Ekspedisi dimulakan pada jam 9.00 pagi, 11 Julai 2026 apabila semua peserta memulakan pendakian dari kaki Gunung Bintang di Sedim menuju ke lokasi perkhemahan di pusat perkhemahan (check point) pertama. Pada awal pagi keesokan harinya, peserta meneruskan pendakian ke puncak Gunung Bintang sebelum kembali semula ke tapak perkhemahan bagi membuat persiapan untuk turun ke kaki gunung dan menamatkan ekspedisi dengan selamat.
Bagi memastikan keselamatan peserta sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang ekspedisi, program ini turut mendapat sokongan pasukan malim gunung, pasukan medik, porter serta barisan jurulatih daripada Kelab Sukan Rekreasi Serdang. Penglibatan pasukan sokongan ini membolehkan aspek keselamatan, kebajikan dan pengurusan risiko dilaksanakan secara menyeluruh sepanjang aktiviti berlangsung.
Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, Puan Aubbry Cinddy Grace K. Diaz, serta Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Shafizan B. Bakar.
Penganjuran Program Women's Hiking Trail Peringkat Negeri Kedah 2026 diharapkan dapat terus memperkasa penyertaan wanita dalam aktiviti rekreasi lasak, di samping memupuk gaya hidup aktif, sihat dan berdaya tahan selaras dengan usaha memperluaskan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.
#womanhikingtrail
#TeamJBSN
#TeamKBS
#jbsnk
#TaufiqJohari
#MordiBimol
