SUNGAI PETANI | 11 Julai 2026 – Karnival Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Peringkat Wilayah Utara 2026 telah berlangsung meriah di Dataran Zero, Sungai Petani dengan penyertaan hampir 2,000 peserta dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut menyertai program ini menerusi pameran jabatan bagi memperkenalkan fungsi, program dan perkhidmatan kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Program dimeriahkan dengan pelepasan 5km Fun Run dan 3km Fun Walk, senamrobik, Jualan RAHMAH MAPPA, persembahan pentas serta cabutan bertuah. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
#MAPPA #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNK #TaufiqJohari
