PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI OKU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Jitra Kedah, 4-5 Julai 2026 telah berlangsung dengan jayanya Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Kedah 2026 di Al Qarni Jitra Kedah. Program berlangsung selama dua hari bermula 4-5 Julai 2026. .
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman. Program yang melibatkan penyertaan seramai 40 ini bertujuan untuk memberikan peluang dan ruang kepada golongan OKU untuk terlibat sama di dalam aktiviti - aktiviti berbentuk rekreasi disamping memberi pengalaman baharu kepada peserta,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berharap program seumpama ini akan terus menjadi platform pembangunan sukan kepada golongan OKU agar sentiasa aktif, cergas dan berdaya saing selaras dengan usaha memperkasakan gaya hidup sihat dan budaya rekreasi dalam kalangan generasi muda.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#InpireEkplorasi
#TaufiqJohari
#MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 09-07-2026, 15:16:51

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search