MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026

Alor Setar, 8 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Program MADANI Kita (PMK) 2026 yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda, Puan Salwa binti Senawi. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan serta pelaksanaan program yang akan dilaksanakan di Sungai Petani Kedah pada 17 Julai 2026.
Program MADANI Kita (PMK) merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negara yang memberi fokus kepada penyampaian dasar, inisiatif dan perkhidmatan kerajaan secara lebih dekat kepada rakyat, di samping menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.
Semoga hasil perbincangan dan kerjasama semua pihak dapat memastikan Program MADANI Kita (PMK) 2026 dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamJBSN #JBSNK
#TeamKBS #ProgramMADANIKita #MalaysiaMADANI #TaufiqJohari #MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 17:37:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search