PROGRAM INTERVENSI BELIA HIMPUN 200 BELIA

BALING, 6 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menganjurkan Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan: Himpunan Orang Muda x Hebatkan Baling yang menghimpunkan seramai 200 orang peserta.
Program dimulakan dengan flag-off konvoi pada jam 10.00 pagi dari KRM Baling menuju ke Dusun Tok Wak, sebelum berakhir pada jam 6.00 petang dengan pelbagai aktiviti pengisian yang bermanfaat.
Program ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk PDRM, APM, AKM, MBN, MBD, RELA serta Emas Seri Semantan (Empire Gold) yang menyampaikan perkongsian berkaitan keselamatan, literasi kewangan, kepimpinan belia, kepentingan menyertai persatuan dan peluang pembangunan ekonomi kepada golongan belia.
Turut menjayakan program ialah Grand Teknik Bina Sdn. Bhd., Hebatkan Baling, Pusat Latihan Memandu Baling, Kembara Travel, JPKKP Zon Siong, Anak-Anak Yatim, Yayasan Bekas Anggota Tentera Cawangan Baling dan Pasaraya Ekonomi Rakyat.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta menarik lebih ramai belia untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembangunan komuniti dan kesukarelawanan.

#TeamJBSN #JBSNK #TEAMKBS #HebatkanBaling #IntervensiBelia #TaufiqJohari #MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 17:37:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search