- JBS Kedah
- Hits: 39
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Ambilan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 2026
- JBS Kedah
- Hits: 39
UKJK bagi ambilan PTD 2026 telah berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri (KOMBES), Kedah.
Seramai 360 orang calon telah hadir menjalani ujian dengan penglibatan 10 orang penguji daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK).
Ujian ini merupakan salah satu syarat wajib dalam proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Antara komponen yang dinilai ialah kelenturan, kekuatan otot, daya tahan kardiorespiratori, kekuatan otot abdominal serta Indeks Jisim Badan (BMI) bagi mengukur tahap kecergasan fizikal calon.
JBSNK merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang telah menjayakan pelaksanaan UKJK sepanjang tempoh ujian. Semoga semua calon berjaya dalam proses pemilihan dan terus cemerlang dalam usaha menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
#TeamJBSN #JBSNK #TeamKBS #UKJK2026 #PTD2026 #MalaysiaMADANI #TaufiqJohari #MordiBimol
