- JBS Kedah
- Hits: 21
PROGRAM TRACKDAY JAMBOREE MOTOCROSS PERINGKAT NEGERI KEDAH HIMPUNKAN 150 PESERTA
- JBS Kedah
- Hits: 21
Pendang, 4 Julai 2026 – Program Trackday Jamboree Motocross Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan meriah di Litar Motocross Mudim, Pendang, hari ini.
Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Xtreme Adventure Club dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang dan Syarikat Mudim Sdn. Bhd.
Seramai 150 orang peserta dari seluruh negeri Kedah serta beberapa negeri di Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam program ini.
Pendaftaran peserta
dibuka secara dalam talian (online) dan juga secara walk-in bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat sukan permotoran menyertai program ini.
Trackday Jamboree Motocross ini menghimpunkan pelbagai kategori penyertaan yang iaitu Cub Cross CKD Enduro Open, Enduro Veteran 40, Enduro Open, MX50, MX Cub Cross Open, MX65, CKD, MX Novice B, MX85 dan MX Open.
Penyertaan yang memberangsangkan membuktikan sukan motocross terus mendapat sambutan dalam kalangan belia dan komuniti permotoran.
Program ini telah dihadiri oleh En Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Penolong Pegawai Daerah Pendang, Encik Mohd Zhafri bin Dato' Haji Mohd Zohdi.
Majlis penyampaian cenderahati kepada para peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Penolong Pegawai Daerah Pendang, Encik Mohd Zhafri bin Dato' Haji Mohd Zohdi.
Turut hadir dan terlibat dalam sesi tersebut adalah Presiden Extreme Adventure Club dan Pengurus Mudim Zakaria Food Sdn Bhd.
Penganjuran Program Trackday Jamboree Motocross Peringkat Negeri Kedah diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, mengeratkan hubungan dalam komuniti sukan permotoran serta menyemarakkan pembangunan sukan motocross di negeri Kedah dan Malaysia amnya.
#sukanbermotor
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#Trackday
#TaufiqJohari
#MordiBimol
