PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA MADANI 2026

POKOK SENA, 4 Julai 2026 – Kelab Sukan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menyertai Program Memasak Bubur Asyura MADANI 2026 yang berlangsung di Dataran Masjid Al-Ma'arif, Kampung Tanjung Musang, Pokok Sena anjuran bersama Majlis Belia Belia daerah Pokok Sena.
Penyertaan JBSNK melibatkan penyediaan dua kawah bubur asyura bersama komuniti setempat.
Program yang menghimpunkan pelbagai agensi dan masyarakat ini bertujuan mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan semangat gotong-royong serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan komuniti bersempena bulan Muharram.
Ahli-ahli KSK JBSNK turut berganding bahu dalam penyediaan bubur asyura sebagai tanda sokongan terhadap program kemasyarakatan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen JBS Negeri Kedah dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta semangat #TeamJBSN.

#TeamJBS #JBSNK #MalaysiaMADANI #KBSMalaysia #KSKJBSNK #BuburAsyura
#TaufiqJohari
#MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 17:37:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search