MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 1 OKU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 @ KUALA MUDA

SUNGAI PETANI, 1 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Program KLAS Renang Fasa 1 OKU Peringkat Negeri Kedah 2026 di Kelab Sungai Petani. Program yang disertai oleh 40 orang pelajar OKU ini bertujuan memberi pendedahan serta membina kemahiran asas renang dalam kalangan peserta sebagai usaha memperkasa pembangunan sukan inklusif.
Majlis telah disempurnakan oleh Mr. Ong Soo Wan, Guru Besar SJK (C) Lin Khay, Bandar Astana, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program serta berharap kemahiran yang dipelajari dapat meningkatkan keyakinan diri, keselamatan di air dan membuka peluang kepada peserta untuk terus aktif dalam sukan renang.
Program KLAS Renang merupakan antara inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dalam memastikan golongan OKU mendapat akses kepada latihan sukan yang berkualiti, sekali gus menyokong pembangunan bakat, gaya hidup sihat dan penyertaan aktif dalam sukan secara inklusif.
#TeamJBSN #JBSNK
#TeamKBS #KLASRenang #OKU
#TaufiqJohari #MalaysiaMADANI

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 17:37:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search