MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN SERTA PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JBSN KEDAH

ALOR SETAR, 1 Julai 2026 - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perpisahan Persaraan serta Pertukaran Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj. Sarbin yang menyampaikan penghargaan kepada pegawai yang bersara dan bertukar tempat bertugas.
Antara pegawai yang diraikan adalah Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah yang telah bersara pilihan pada 29 Mei 2026, manakala Puan Asnatul Adha Binti Ahmad yang akan bertukar ke JBSN Pulau Pinang, Puan Fariza Binti Ghazalli yang akan bertukar ke JBSN Perak, Encik Khairul Anuar Bin Mohd Salleh yang akan bertukar ke Jabatan Kebbajikan Masyarakat Negeri Kedah dan Puan Nur Saydatul Syuhada Binti Shafie yang akan bertukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah.
Majlis juga turut meraikan pegawai dan kakitangan yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga Julai 2026. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh dan menjadi pemangkin kecemerlangan organisasi.
Selamat maju jaya kepada semua pegawai yang bertukar dan terima kasih atas segala jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 17:37:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search