PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @PARLIMEN (JELAJAH EKSPEDISI RAKAN MUDA) PERINGKAT DAERAH SIK

PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @PARLIMEN (JELAJAH EKSPEDISI RAKAN MUDA) PERINGKAT DAERAH SIK Sik, 21 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @Parlimen (Jelajah Ekspedisi Rakan Muda) pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Lata Lembu dibawah anjuran Kelab Rakan Muda. Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran kemahiran asas survival, menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan peserta, memupuk kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar dan dapat mengukuhkan semangat kerjasama dan jati diri . Penyertaan seramai 30 orang pelajar dari Smk Gulau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut : -Hiking -Aktiviti Plogging -Aktiviti masak Survival -Pembentangan Kumpulan  Turut hadir bersama Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda, Encik Muhammad Faizal bin Abdul Majid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Mohamad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan. KBS Malaysia  JBSN Negara  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah  Taufiq Johari.

#TeamKBS 
#JBSNBersama 
#JBSNKedah 
#MalaysiaMadani 
#yakinboleh 
#pbsdsik 
#MalaysiaMadani

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-07-2026, 15:10:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search