TAKLIMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA IPT (SRM) DAN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DI TVETMARA SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI– Satu sesi Taklimat Penubuhan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM) dan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 10.00 pagi di TVETMARA Sungai Petani.

Program ini diadakan atas jemputan pihak TVETMARA Sungai Petani yang menunjukkan minat untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta menubuhkan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM) di institusi berkenaan.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, bersama En. Amir Syarifuddin bin Abdul Majid (ASAM), Mentor ARPRM Negeri Kedah. Sesi penerangan tersebut melibatkan pensyarah serta pentadbir pelajar TVETMARA Sungai Petani bagi memberi pemahaman yang lebih jelas mengenai objektif, kaedah pelaksanaan serta manfaat program kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah En. Ridzuan bin Haji Ali, Penyelaras Rakan Muda Daerah Kuala Muda yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkasakan agenda pembangunan belia melalui penubuhan SRM dan pelaksanaan ARPRM di institusi pengajian tinggi.

Melalui taklimat ini, diharapkan TVETMARA Sungai Petani dapat menjadi antara institusi yang aktif dalam memperluaskan penglibatan mahasiswa dalam program pembangunan belia yang berimpak tinggi, sekali gus melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berkemahiran serta mempunyai nilai kepimpinan yang unggul selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#JBSNK  #KBSMalaysia  #TeamKBS  #TeamJBSN #TaufiqJohari

 

 

Disediakan oleh :  RIDZUAN BIN HJ ALI - (PBSD KUALA MUDA )

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search