- JBS Kedah
- Hits: 37
KURSUS PENGURUSAN PENYELIAAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2026
- JBS Kedah
- Hits: 37
Seramai 7 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menghadiri Kursus Pengurusan Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Tahun 2026 anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) yang berlangsung pada 24–26 Jun 2026 di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi.
Penyertaan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam aspek penyeliaan, pengurusan serta tadbir urus pertubuhan belia, di samping meningkatkan kefahaman berkaitan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) [Pindaan 2019] serta prosedur pengurusan pertubuhan yang berkesan.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan penyeliaan pertubuhan belia di Negeri Kedah, sekali gus mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dan pembangunan belia.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
