ALOR SETAR, 24 Jun 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 B40 @ Kota Setar Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berjaya dilaksanakan di Pusat Akuatik Negeri Kedah dengan penyertaan seramai 40 peserta daripada golongan B40. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Sungai Petani Aquatic Club dan Aqua Space Swimming & Diving Centre ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas renang serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puana Azura Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menzahirkan penghargaan kepada peserta, jurulatih dan ibu bapa atas komitmen yang diberikan sepanjang enam siri latihan yang dijalankan. Beliau turut menggalakkan peserta untuk terus meningkatkan kemahiran renang sebagai satu kemahiran keselamatan diri yang penting.
Program ini merupakan antara inisiatif pembangunan sukan akar umbi yang memberi peluang kepada masyarakat, khususnya golongan B40, untuk menguasai kemahiran asas sukan akuatik. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan program serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
