- JBS Kedah
- Hits: 61
Kursus Tanaman Kontan Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Kedah 2026
- JBS Kedah
- Hits: 61
Kursus Tanaman Kontan Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung pada 22 hingga 23 Jun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar dengan penyertaan seramai 44 orang peserta.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kedah ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembuatan plant booster, teknik semaian serta amalan penanaman tanaman kontan dengan memberi fokus kepada tanaman bendi.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj Sarbin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
