- JBS Kedah
- Hits: 34
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBS NEGERI KEDAH KEPADA SUK KERAJAAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR | 22 Jun 2026
- JBS Kedah
- Hits: 34
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Sarbin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali di Wisma Darul Aman hari ini.
Kunjungan ini menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha memperkasa pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Pelbagai perkara turut dibincangkan termasuk penyampaian maklumat berkaitan kemudahan, fasiliti serta program-program belia, sukan dan Rakan Muda yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Kedah.
Semoga kerjasama erat ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan belia dan sukan yang progresif serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang cemerlang pada masa hadapan.
Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi A. Rahman dan Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda, Puan Salwa Senawi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
