- JBS Kedah
- Hits: 37
Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026
- JBS Kedah
- Hits: 37
Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 terus memperkukuhkan usaha pembangunan belia dalam sektor agromakanan apabila menerima sebanyak 14 pencalonan daripada pelbagai pertubuhan belia di seluruh negeri.
Daripada jumlah tersebut, 3 kelab telah disenarai pendek iaitu:
Kelab Belia Islam Bukit Larek, Pokok Sena
Kelab Desa KEDA Hujung Keton, Pendang
Kelab Rakan Muda Parlimen Pendang
Sesi penilaian program melibatkan dua panel penilai iaitu Encik Noor Azizi bin Omar Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Cik Natrah bt Esa Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Ketiga-tiga kelab yang disenarai pendek telah memberikan pembentangan yang baik dengan mengetengahkan pelbagai idea serta perancangan projek berkaitan sektor pertanian, penternakan dan perikanan.
Melalui program ini, kelab yang berjaya dipilih bakal menerima bantuan sokongan berjumlah RM20,000 bagi membantu memperkasakan projek serta memperluaskan penglibatan belia dalam sektor agro.
Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir dilihat sebagai platform penting dalam melahirkan lebih ramai belia berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang pertanian moden, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi komuniti di Negeri Kedah.
#TaufiqJohari #teamKedah #agrobelia
