MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi membincangkan persiapan pelaksanaan program yang dijadual berlangsung pada 20 Jun 2026.
Mesyuarat telah melibatkan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 15 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Persatuan Petanque Negeri Kedah, Persatuan Tenpin Boling Kedah serta Dippo Dart Club.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan tarikh dan lokasi pelaksanaan kejohanan iaitu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi acara Petanque dan Dart, manakala acara Tenpin Boling akan berlangsung di Aman Bowl, Alor Setar.
Turut dibincangkan ialah peraturan am pertandingan, syarat penyertaan, aspek teknikal kejohanan serta pelaksanaan acara individu lelaki dan wanita bagi setiap sukan yang dipertandingkan.
Penganjuran Liga Sukan Warga Emas ini diharap dapat menjadi platform memperkasakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga emas, di samping mengeratkan hubungan komuniti selaras dengan aspirasi menuju Negara Tua 2030.

#TeamKBS
#JBSNKedah
#LigaSukanWargaEmas2026
#MalaysiaMADANI
#TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search