ALOR SETAR – Sesi hebahan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 telah dilaksanakan melalui segmen i-Skop KEDAHfm yang disampaikan oleh Puan Natrah binti Esa, Timbalan Pengarah Belia.
Menerusi sesi tersebut, beliau berkongsi pelbagai pengisian menarik yang bakal berlangsung sepanjang sambutan yang akan diadakan pada 22-23 Mei 2026 di Dataran Starwalk.
Beliau turut mengajak masyarakat khususnya anak muda untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.
Sesi konti yang dikendalikan oleh DJ CTZ berlangsung dalam suasana santai sambil memberi peluang kepada pendengar mendapatkan info terkini berkaitan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026.
#HariBeliaNegara2026
#MenggerakBeliaMADANI
