ANAK MUDA BANDAR BAHARU JAYAKAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH

Semarak sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 700 pelajar dan belia sekolah dalam program yang turut digabungkan bersama Sambutan Hari Guru di SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu serta Majlis Belia Daerah Bandar Baharu (MBDBB) dengan kerjasama pihak Sekolah dan pelbagai agensi ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan pengisian sihat dan pembangunan belia menerusi Segmen Malaysia Aktif serta Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat ialah sesi Mari Mencuba Pickleball, Senamrobik Perdana, pertandingan nyanyian selain Majlis Perasmian dan lafaz Ikrar Belia yang menyuntik semangat patriotisme serta jati diri dalam kalangan anak muda.
Dalam ucapan beliau, Presiden MBDBB, Saudara Amir Syarifuddin Abdul Majid menekankan kepentingan golongan belia untuk aktif berpersatuan agar suara dan aspirasi belia dapat diketengahkan serta didengari oleh pihak kerajaan dalam usaha membentuk pembangunan belia yang lebih inklusif dan progresif.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin, En. Suhaimi bin Mahmud yang turut menyeru golongan muda agar terus aktif dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat.
Semoga para belia terus menjadi generasi penggerak masa depan yang berdaya saing, bersatu hati dan sentiasa menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.
#beliamy
#TeamJBSN
#TeamKBS
#jbsnk
#semarakHBN
HBN2026
TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search