Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball 2026 bertempat di KOMBES, Kedah dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada para peserta pelbagai peringkat umur di seluruh daerah.
Program ini bertujuan memperkenalkan sukan floorball sebagai salah satu sukan baharu yang berpotensi berkembang di negeri Kedah di samping memupuk minat masyarakat terhadap gaya hidup aktif dan sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.
Pelbagai modul menarik telah diperkenalkan termasuk sesi pengenalan asas permainan, demonstrasi teknik serta latihan praktikal bersama fasilitator dan jurulatih yang berpengalaman dari Persatuan Floorball Malaysia.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta, jurulatih dan urus setia yang menjayakan program tersebut.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan sukan akar umbi serta membuka peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan menceburi pelbagai jenis sukan baharu.
#JBSNK
#TeamJBSN
#Floorball2026
#SukanUntukSemua
#MalaysiaMADANI
#TaufiqJohari
#MordiBimol
