- JBS Kedah
- Hits: 16
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP 1 (OUTREC 1) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Kedah
- Hits: 16
Bandar Baharu, 10 Mei – Majlis Penutup Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 (OutRec 1) Peringkat Negeri Kedah 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada Ahad di Serdang Lake Resort selepas empat hari tiga malam program dilaksanakan bermula 7 Mei lalu.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Azura Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Nik Noorazlin binti Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul teori dan praktikal berkaitan rekreasi luar termasuk pengendalian kayak, perkhemahan, ikhtiar hidup serta kembara malam yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dan berpengalaman.
Seramai 36 orang peserta berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang dan layak menerima sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) sebagai pengiktirafan terhadap penguasaan asas dalam bidang rekreasi luar.
Didalam ucapan tersebut, puan pengarah mengharapkan penganjuran program ini berjaya mencapai objektif dan sasarannya, bukan sahaja memberi pendedahan dan kemahiran baharu kepada peserta, malah turut menjadi platform dalam melahirkan belia yang lebih aktif, berdaya tahan, berdisiplin serta mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam aktiviti rekreasi dan sukan luar.
Turut menyampaikan ucapan adalah Ketua Jurulatih kursus, yang merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada pihak jabatan dan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus Outrec 1 ini. Beliau turut memuji kesungguhan, disiplin serta komitmen yang telah dipamerkan oleh semua peserta sepanjang kursus ini berlangsung.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#KBSMalaysia
#outrec
#TaufiqJohari
