- JBS Kedah
- Hits: 17
KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP 1 (OUTREC 1) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 HIMPUNKAN 36 PESERTA
- JBS Kedah
- Hits: 17
Bandar Baharu, 7 Mei – Seramai 36 peserta menyertai Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 (OutRec 1) Peringkat Negeri Kedah 2026 yang berlangsung selama empat hari tiga malam bermula 7 hingga 10 Mei 2026.
Kursus tersebut berpusat di Serdang Lake Resort dan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Serdang, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan aktiviti rekreasi luar di samping membentuk peserta yang berpengetahuan, berdisiplin dan berkemahiran dalam bidang rekreasi serta aktiviti lasak secara selamat dan teratur.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta akan mengikuti pelbagai modul teori dan praktikal yang dikendalikan oleh 10 jurulatih bertauliah dalam bidang rekreasi luar. Antara modul yang dijalankan termasuk asas rekreasi luar, bantu mula, orienteering / navigasi, pengendalian kayak, perkhemahan, simpulan dan ikatan, ikhtiar hidup serta kembara malam.
Selain berpusat di Serdang Lake Resort, program turut melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah Bandar Baharu antaranya di Tasik Serdang bagi pelaksanaan modul kayak, manakala modul perkhemahan, ikhtiar hidup dan kembara malam dijalankan di Pusat Rekreasi Batu Hampar.
Penganjuran kursus ini diharap dapat melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya tahan dan mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti rekreasi luar, sekali gus memperkukuhkan pembangunan sukan rekreasi di negeri Kedah.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#KBSMalaysia
#outrec
#TaufiqJohari
