Program KLAS Renang @ Kota Setar Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Negeri Kedah melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta yang dibahagikan kepada 2 sesi latihan.
Taklimat kepada peserta dan waris telah disampaikan oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut hadir bagi menyantuni peserta serta memberi penerangan berkaitan perjalanan program.
Pelaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang kepada peserta di samping menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, jurulatih serta urus setia yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini akan berterusan sehingga 6 siri latihan bagi melengkapkan KLAS.
#KBSMalaysia
#KLASRenang
#MalaysiaMADANI
#JBSNk
#TeamJBSN
#TaufiqJohari
