- JBS Kedah
- Hits: 16
MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) NEGERI KEDAH 2026
- JBS Kedah
- Hits: 16
Satu Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Perbincangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama wakil-wakil persatuan sukan negeri yang terlibat iaitu Persatuan Bolasepak Negeri Kedah, Persatuan Bola Tampar Negeri Kedah dan Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah.
Perbincangan memfokuskan kepada pelaksanaan Liga Sukan Komuniti 2026 melibatkan penyelarasan teknikal pertandingan, peraturan am dan khusus serta persediaan pelaksanaan di peringkat daerah dan negeri.
Antara sukan yang akan dipertandingkan dalam LSK Negeri Kedah 2026 adalah:
* Bola Tampar Lelaki
* Futsal Lelaki
* Bola Jaring
Pelaksanaan kejohanan di peringkat daerah dijadualkan berlangsung pada 13 Jun 2026 manakala peringkat negeri akan diadakan pada 11 Julai 2026.
Semoga penganjuran Liga Sukan Komuniti ini dapat terus memperkukuh pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam budaya hidup sihat dan bersukan di Negeri Kedah.
#JBSNK
#LSK2026
#TeamKBS
#TeamJBSN #MalaysiaMADANI
# TaufiqJohari
