Alor Setar | 19 April 2026
Tempat: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU)
Satu sesi kunjung hormat telah diadakan melibatkan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK), Puan Azura Haji Sarbin ke atas Pengarah ICU Kedah, YBhg. Dato’ Haji Zepri bin Saad.
Pertemuan dimulakan dengan sesi ramah mesra, seterusnya membincangkan perkara-perkara penting berkaitan penganjuran Hari Belia Negara 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei 2026 di Star Walk, Alor Setar.
Selain itu, turut dibincangkan pelantikan YBhg. Dato’ Haji Zepri bin Saad sebagai Pengerusi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah, di samping pelaksanaan APBN sebagai platform pengiktirafan kepada belia yang cemerlang di negeri ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah ICU, Encik Mohd Ridzuan bin AB Ghapar bersama pegawai-pegawai kanan JBSNK.
Semoga segala urusan berkaitan program dan inisiatif yang dirancang dipermudahkan serta terus diperkukuh melalui jalinan kerjasama erat antara semua agensi terlibat dalam memartabatkan agenda pembangunan belia di Negeri Kedah.
#JBSNK #ICUKedah #TeamKBS
#TeamJBSN #TaufiqJohari MordiBimol
KBSMalaysia
