KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN KOMUNITI 2026 MERIAH DI SUNGAI PETANI

Sungai Petani, 18 April 2026 – Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Hoki Pembangunan Komuniti 2026 yang berlangsung di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Majlis turut diserikan dengan perlawanan akhir bagi kategori lelaki dan wanita yang mempamerkan aksi sengit serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan para peserta.
Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Negeri Kedah ini bukan sahaja menjadi platform pertandingan, malah berperanan sebagai medium pembangunan bakat baharu dalam sukan hoki di peringkat akar umbi.
Selain itu, program ini juga berjaya memupuk budaya hidup sihat serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sukan secara berterusan.
Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem pembangunan sukan negeri serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNK #TaufiqJohari #MordiBimol KBSMalaysia

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search