Alor Setar, 18 April 2026 - Jelajah Menggerak Belia sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk memperkasa kepimpinan dan potensi anak muda Malaysia.
Membawa tema “Menggerak Belia” , objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan Hari Belia Negara yang akan disambut pada 15 Mei 2026.
Pekan Rabu, Alor Setar menjadi lokasi ketiga jelajah selepas Denai Larian Kangar, Perlis.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin yang bersama-sama menyantuni komuniti belia dan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, saudara Amir Mursyidi.
“Menggerak Belia”
#teamJBSN
#ketuapengarahJBSN #taufiqjohari
