KEHADIRAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA MUDA KE PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 1447H/2026M

ALOR SETAR, 9 Mac 2026 – Pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Muda turut hadir memeriahkan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah 1447H/2026M yang diadakan di Masjid Al-Ariffin, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar. Program ini merupakan satu inisiatif murni yang menyatukan elemen kerohanian dan pembangunan belia sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Turut mengiringi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, ialah Encik Ridzuan bin Haji Ali selaku Pegawai Penyelaras Rakan Muda Daerah Kuala Muda yang hadir mewakili PBSD Kuala Muda bagi menyokong pelaksanaan program tersebut.

Kehadiran YB.Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, memberikan impak besar dalam memperkasakan peranan belia sebagai penggerak utama aktiviti komuniti khususnya di institusi masjid.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuk agihan bubur lambuk bersama YB Menteri Belia dan Sukan, Majlis Khatam Al-Quran, serta Pertandingan Hafazan, Azan dan Tulisan Khat yang melibatkan penyertaan belia dari pelbagai daerah di negeri Kedah.

Turut mengiringi YB. Menteri Belia dan Sukan ialah Puan Azura binti Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama wakil-wakil agensi serta NGO yang terlibat. Program berlangsung dengan meriah dan berakhir dengan majlis iftar serta solat Maghrib berjemaah.

 

Disediakan oleh :  RIDZUAN BIN HJ ALI (PBSD KUALA MUDA )

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-04-2026, 16:30:45

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search