MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2026 DI KAMPUNG BUKIT KECHIL, SUNGAI PETANI, KEDAH

Telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Kampung Angkat Madani KBS bertempat di Kampung Bukit Kechil, Sungai Petani yang telah diadakan pada 1 Mac 2026 yang lalu.

Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar dengan memperkukuh kemudahan asas serta meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi komuniti melalui penyediaan infastruktur, aktiviti kemasyarakatan dan penglibatan aktif penduduk setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.  Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.

#teamkbs

#jbsnbersama

#JBSNKedah 

#MalaysiaMadani

 

DISEDIAKAN OLEH:SITI FAIRUS BINTI MD ISA PBSD KUALA MUDA

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search