Alor Setar- Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah merupakan satu inisiatif murni untuk menyatukan elemen kerohanian dan pembangunan belia dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari Menteri Belia dan Sukan memberikan impak besar dalam memperkasakan peranan belia sebagai penggerak utama aktiviti komuniti di masjid. Antara aktiviti sampingan ialah agihan bubur lambuk bersama YB Menteri Belia dan Sukan, khatam Al-Quran, Pertandingan Hazfazan, Azan dan Tulisan Khat. Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama wakil-wakil agensi dan NGO melengkapkan lagi barisan kepimpinan bagi memeriahkan majlis pada kali ini. Turut hadir bersama Encik Zailan Bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan, Encik Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan dan Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
#pbsdsik
