- JBS Kedah
- Hits: 17
MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN FESTIVAL PERKHEMAHAN DAN KEBUDAYAAN DAM CAMP 2026 TASIK PEDU, DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 17
PADANG TERAP KEDAH, 08 APRIL 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Festival Perkhemahan Dan Kebudayaan Dam Camp 2026 Tasik Pedu, Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 07 April 2026 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan pada 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Tasik Pedu. Pelbagai aktiviti dirancang antaranya segmen kebudayaan, perkhemahan, pameran, sukan, mari mencuba dan persembahan aktiviti seni bela diri.
Mesyuarat ini dibincangkan pelaksanaan aktiviti, persiapan tempat, jumlah peserta, keselamatan, keterlibatan dan peranan agensi serta bantuan sokongan dalam menjayakan program yang akan dianjurkan ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap.
Hadir bersama En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Pegawai Majlis Daerah Padang Terap dan Pengerusi Persatuan Muda Sukarelawan Ashabul Al-Kahfi.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
