- JBS Kedah
- Hits: 16
Pembentangan Projek Kompleks Sukan Sungai Petani Dibentang kepada MPT KBS
- JBS Kedah
- Hits: 16
Kuala Muda, 11 April 2026 – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengadakan sesi pembentangan bagi Projek Pembangunan Kompleks Sukan Sungai Petani (KSSP) kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini.
Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada status semasa dan perancangan pelaksanaan projek yang dijangka menjadi pemangkin pembangunan sukan di kawasan Sungai Petani dan sekitarnya.
Berdasarkan pelan cadangan yang dibentangkan, projek ini merangkumi pelbagai kemudahan utama antaranya
Astaka, Pejabat pentadbiran,
Padang Bolasepak,
Kawasan landskap serta zon pembangunan masa hadapan.
Selain itu, susun atur pelan juga menunjukkan integrasi kemudahan sukan dengan elemen infrastruktur sokongan bagi memastikan keselesaan pengguna serta kelancaran operasi kompleks.
Menurut JKR, projek ini kini berada pada fasa perancangan dan penyelarasan teknikal. Pelaksanaan tender terbuka dijangka akan dilaksanakan pada Disember 2026, manakala projek ini disasarkan siap sepenuhnya pada tahun 2029.
Pembangunan Kompleks Sukan Sungai Petani ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan belia dan sukan, khususnya dalam menyediakan fasiliti yang lebih moden, inklusif serta memenuhi keperluan komuniti setempat.
Pendekatan pelaksanaan projek ini juga menekankan aspek impak dan outcome kepada rakyat, selaras dengan aspirasi KBS dalam memperkukuh pembangunan sukan negara melalui penyediaan kemudahan yang berkualiti dan berdaya guna.
#JBSNK #KBSMalaysia #TeamKBS #TeamJBSN
#TaufiqJohari MordiBimol
