TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KLAS RENANG FASA 1 2026

Sungai Petani, 15 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) dengan kerjasama Sungai Petani Aquatic Club telah mengadakan satu sesi taklimat pelaksanaan Program KLAS Renang Fasa 1 bagi tahun 2026 di Cinta Sayang Resort Sungai Petani.
Taklimat ini melibatkan penyertaan jurulatih-jurulatih dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu yang akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program di peringkat daerah masing-masing.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Hj. Kamarunzaman Hj. Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional JBSNK, yang menekankan aspek pelaksanaan program secara tersusun, berimpak serta diberikan penerangan menyeluruh berkaitan garis panduan pelaksanaan, penyelarasan program serta peranan masing-masing bagi memastikan objektif KLAS Renang Fasa 1 dapat dicapai dengan jayanya.

#JBSNK #KBSMalaysia #TeamKBS #TeamJBSN #MalaysiaMadani TaufiqJohari MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search