RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 1447H/2026M [ MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN ] PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.

PADANG TERAP KEDAH, 17 MAC 2026 – Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan 1447H/2026M - Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 16 Mac 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Anggerik, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.

Objektif program ini adalah untuk melatih para peserta untuk membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran di dalam membudayakan kehidupan seharian serta mengeratkan hubungan persaudaraan dan ukhwah dalam kalangan mereka pelbagai latar belakang.

Majlis Penutup Tadarus & Khatam Al-Quran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 1447H/2026M Peringkat Daerah Padang Terap telah disempurnakan oleh En. Md. Tajudin bin Morad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Padang Terap, Sektor Pembangunan Murid. 

Hadir bersama, En. Mawardi bin Hamid, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, En. Rashid bin Awang, YDP PIBG SMK Naka, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Rosnizan binti Murad, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dan En. Jasnizam bin Mohd Husni, Pengerusi Majlis Belia Daerah Padang Terap.


#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda

 

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search