MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2026.

MERGONG, Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sijil Penyertaan Peserta Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah diadakan di Dewan SMK Mergong. Majlis ini telah diadakan dengan penuh semangat kerohanian dan dihadiri oleh barisan guru dan peserta yang terlibat.

Majlis ini telah dimulai dengan bacaan doa seterusnya majlis khatam AL-Quran diadakan secara bacaan ayat suci Al-Quran beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan dari Encik Nor Azman Bin Hamid, pengetua SMK Mergong  yang dalam ucapannya menegaskan bahawa program seperti ini perlu diteruskan kerana mampu memberi manfaat besar kepada belia setempat dengan mengimarahkan bulan mulia menerusi aktiviti tadarus Al-Quran serta memupuk budaya sunnah. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan dan Cenderahati kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai usaha serta pencapaian para peserta sepanjang melakukan aktiviti tadarus Al-Quran. Para peserta kelihatan berasa gembira dan berbangga menerima sijil dan cenderahati sebagai tanda pengiktirafan atas usaha mereka. 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan sebelum semua hadirin bersurai.

DISEDIAKAN OLEH : PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search