Alor Setar, 15 Mac 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bilangan 1/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah JBSN Kedah yang baharu, Puan Azura Binti Sarbin yang mempengerusikan mesyuarat pengurusan eksekutif jabatan buat kali pertama bersama barisan pengurusan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah kesemua Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta pengurusan tertinggi JBSN Kedah bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran jabatan serta perancangan pelaksanaan program bagi tahun 2026.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaras hala tuju, memperkukuh tadbir urus jabatan serta memastikan setiap program pembangunan belia dan sukan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Semoga segala perancangan dan pelaksanaan program sepanjang tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan demi pembangunan belia dan sukan di Negeri Kedah.
#jbsnk
#kbsMalaysia
#teamjbsn
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
