PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2026 MERIAH

ALOR SETAR, 5 Mac 2026– Program Rakan Muda Ramadan memasak dan mengedar bubur lambuk Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, dengan penyertaan pelbagai golongan belia dan pelajar dari sekitar daerah Kota Setar.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar serta Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah. 

Penganjuran program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan di samping memupuk nilai keagamaan, sahsiah diri serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Turut hadir memeriahkan program  Encik Rosidi Abd Razak Pegawai Pembangunan Bakat Murid, Puan Syafizal Binti Safee Pegawai Tadbir Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia dan Sukan  Daerah Kota Setar.

Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai belia untuk terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadan.

 

#rmr2026

#jbsnk

#pbsdkotasetar

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

 

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search